|
Kehidupan yang Sejahtera datangnya daripada Gaya Hidup yang Sihat Penjagaan Kesihatan Han
Penjagaan Kesihatan Han merupakan cara penjagaan kesihatan dengan ubat-ubatan. Ia berpandukan prinsip-prinsip perubatan tradisional Cina sebagai asas dan aturan, dengan menggunakan sumber-sumber alam semulajadi, khususnya tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan produk kesihatan yang terbaik.
........................................................................................................................................................................
DetoksifikasiDetoksifikasi ialah proses membersih atau membuangkan segala bahan buangan seperti unsur-unsur pencemar, bahan-bahan logam berat, radikal bebas, agen penuaan dan sebagainya yang terhimpun dalam tubuh badan manusia. Proses detoksifikasi dapat mengaktifkan sel-sel badan, seterusnya menggalakkan penyerapan nutrien di samping menguatkan fungsi organ dalam badan. Oleh itu, ia menjamin perjalanan sistem badan yang lancar.
........................................................................................................................................................................
NeutralisasiNeutralisasi ialah proses penyelarasan sistem dalaman badan yang tidak seimbang, mempertingkatkan keberkesanan sistem badan, memperkuatkan operasi dan penyelarasan fungsi antara organ-organ. Ini akan menjamin kesihatan tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
........................................................................................................................................................................
ImunisasiImunisasi ialah fungsi menambah, mengukuh dan memperkuatkan pengoperasian dan fungsi organ-organ. Ini termasuk menambahkan nutrien, mengubati masalah kekurangan Qi dan darah, menambah tenaga kepada organ-organ dalaman, memperbaiki kumpulan sel-sel yang rosak, meningkatkan fungsi organ dan mengukuhkan daya tenaga. Tambahan pula, ia juga berfungsi untuk memperkuatkan sistem imunisasi serta daya ketahanan penyakit.
........................................................................................................................................................................
Pencegahan
Pencegahan merujuk kepada prinsip untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit.
|
|
No comments:
Post a Comment