Wednesday, November 24, 2010

ULSER MULUT



Saya pasti ramai orang akan mengalami sakit ulser mulut ( mata ikan atau lompangan ) sekurang² sekali dalam hidup. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada 2-3 minggu. Walaupun teramatlah sakit dan pedih ( nak makan pun tak der selera ) ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.
Selalunya tanda² penyakit ini adalah bulat berwarna putih atau sedikit kuning. dan dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. Rasa sakit terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.
Antara sebab² terjadinya ulser mulut kerana kecederaan di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam atau air yang terlalu panas.

Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.
Apakah yang menyebabkan ulser mulut? 
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam
Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air
PRODUK YANG SESUAI UNTUK MERAWAT ULSER MULUT

Minum sepeket pagi dan sepeket waktu petang. Keluarkan sedikit serbuk Garam Buluh kemudian sapu pada bahagian mulut  yang terdapat Ulser,agak pedih sedikit tetapi Ulser akan cepat sembuh. 

No comments: