Thursday, December 16, 2010

Bersemangatlah Selalu Walau Apa Jua Melanda

Salam IBN,
“a strong flame does not burn out, no matter how big the wind is”
Semangat membara tak akan pernah padam, walau besar cemanapun cabaran mendatang. Orang yang mahu mengubah hidup, pasti akan sentiasa bersemangat. Apa jua yang Anda lakukan, buat dengan bersemngat.
Bayangkan selalu masa depan yang Anda mahu capai, pasti api tak semangat Anda tak akan padam, walau sebesar manapun badai melanda. Cabaran dan permasalahan, sifatnya sementara. Memang perit berdepan masalah, memang sakit berdepan tohmanan dari orang sekeliling kita
Anda akan sentiasa ada peluang untuk bangkit semula walau berapa kalipun Anda jatuh dalam berusaha. Usah di ingat lagi kisah lama, sekarang ini masa untuk membentuk kehidupan lebih bahagia, lebih berjaya.
Bersemangatlah selalu walau apa jua halangan di depan Anda. Hari ini usah disamakan dengan hari yang lalu, hari ini, tekadlah untuk jadikannya hari yang terbaik, lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya.
IBNClub9

No comments: