Thursday, December 23, 2010

Kita Mempunyai 12,000,000,000 Sel-Sel Otak


Sentuhan Kejayaan ( Frank Tibolt )
* Sebelum kita dilahirkan, tidak satu pun sel otak kita ' jaga ' ataupun berkembang. Semuanya ' tidur ' dan kelihatan seperti putik-putik bunga yang belum kembang. Tetapi sebaik sahaja kita di lahirkan, beberapa sel yang tertentu akan terjaga. Sel-sel ini tidak akan terjaga pada masa yang sama atau dalam kelajuan yang sama.

* Sel-sel yang mengawal pernafasan, menangis, makan, dan sebagainya akan jaga terlebih dahulu. Selepas itu sel-sel lain yang terjaga, sesetengah sel-sel akan mulai terjaga bila kita berumur 5 tahun, sel-sel selebihnya pula akan terjaga dari masa 10, 20, 30, 40, 50, 60,70 dan mungkin lebih dari itu.

* Wm James dan pakar-pakar psikologi yang lain mengatakan, " Bandingkan apa yang jadi pada kita, jika hanya separuh dari sel-sel kita yang terjaga '. . SESUNGGUHNYA, TERAPAT SESUATU DALAM DIRI KITA IAITU " KUASA " yang mana kita tidak pernah menggunakannya dan tidak mengendahkannya, kerana kita tidak mengetahuinya.

KEJUTKAN SEL-SEL BAKAT TERTINGGI DALAM OTAK KITA.
* Kebanyakan dari sel-sel otak kita yang menguasai " BAKAT " tertinggi dalam diri kita, tidak akan terjaga dengan sendirinya, bahkan ia akan tidur dan mungkin akan mati terus, bersama-sama kita, sekiranya kita tidak mengejutkannya serta mengembangkannya. Kadangkala pengalaman emosi akan tersentuh apabila membaca cerita-cerita kejayaan orang lain, lalu kemudiannya membuatkan kita sedar mengenai sesuatu iaitu " usaha " , kadangkala juga ia memberikan tindakbalas yang lama, contuhnya apabila kita membaca buku, mendengar syarahan, ketakutan, atau mungkin pengalaman emosi yang lain yang bertindak seakan-akan jam loceng.            ( alarm )

* Tetapi yang paling berharga yang dapat menjenguk kedalam kehidupan sesaorang ialah apabila kejutan itu datang dari sesuatu seperti puisi, pengalaman, idola, kejadian, kesusahan. Apabila ianya menjadi kejutan kepada emosi kita, kembangkan terus kejutan tersebut dan bina lah sasaran demi sasaran sebagai usaha mengejutkan sel-sel kehebatan otak kita.

* Anda juga boleh secara jujur dengan keinginan mengejutkan sel-sel otak hebat anda dengan cara menghayati alam semesta ini dan bertafakur akan kehebatan alam lalu memikirkan pelbagai kejadian-kejadian hebat dengan belajar memacukan otak anda untuk terus berfikir dan berfikir sebagai disiplin, akhirnya tanpa anda sedari sel-sel kehebatan otak anda akan bangun dimana idea-idea bernas mulai bercambah satu persatu..

Demikian lah sedikit sebanyak berkaitan sel-sel otak manusia dalam buku Frank Tibolt
bertajuk ' sentuhan kejayaan '

No comments: