Di kala Anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati Anda dengan istighfar.Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal niaga Anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan berkenaan perniagaan Anda.
Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang Anda nampak pada diri rakan kongsi anda.
Jika Anda selalu berfikir tentang keburukan tentang perniagaan anda, fikiran Anda akan menarik keburukan lain datang dimunculkan dalam hidup Anda. Lama kelamaan Anda hilang semangat nak pergi berniaga!.
Penyelesaianya, niatkan perniagaan Anda sekarang ni satu cara untuk Anda berbakti. Lebihkan tolong mendidik rakan kongsi, ringankan beban upline sedaya Anda.
Sebaiknya gunakan perniagaan ni sebagai cara untuk menambah kebaikan. Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan tahap modal insan, supaya apa yang Anda buat mendapat keberkatan, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat keredhaan tuhan.
Moga dari situ, rezeki Anda murah jadinya hingga membuat Anda beroleh rezeki dari sumber tak disangka-sangka.
No comments:
Post a Comment