Sunday, February 20, 2011

BERANI GAGAL

Orang yang berani gagal adalah orang yang memiliki jatidiri tinggi.
Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil “high self esteem”. Manakala orang yang takut gagal adalah orang yang memiliki jatidiri rendah, dipanggil “low self esteem”.
Orang yang berani gagal akan bangkit terus setelah ditimpa kegagalan. Orang sebegini tak akan meratapi kegagalan yang dilaluinya.
Dia menjadikan kegagalan tu sebagai cara untuk dia belajar perkara yang betul, selepas tu dia akan usaha lagi dengan teknik yang lain.
Orang yang takut gagal apabila ditimpa kegagalan akan lebih banyak meratapi kegagalan dan mencela-cela kesilapan dirinya kerana tiba-tiba ditimpa kegagalan. Kegagalan ada musibah besar buat dirinya.
Dia takut mencuba perkara yang baru sebab dia takut kegagalan lalu berulang lagi. Akhirnya, orang sebegini tersungkur di tengah jalan. Kalah sebelum berjuang simply sebab dia tidak mahu mempelajari perkara baru atau melakukan perkara-perkara baru.
Attitude berani gagal adalah attitude yang membuat sesiapa saja maju ke depan, dapat mencapai berbagai jenis kejayaan dan memiliki berbagai kemahiran sebab orang sebegini berani mencuba dan sanggup mencubas berkali-kali sehingga dia puas hati.
Untuk kita jadi orang yang berjaya, kita mesti ada atttitude sebegini supaya kita boleh terus maju, terus bermotivasi dalam merealisasikan apa jua matlamat yang kita usahakan.

No comments: