Wednesday, February 2, 2011

Orang Yang Fikirannya Baik vs. Orang Yang Fikirannya Buruk

Untuk Anda kawal emosi Anda dan kawal apa yang bermain di fikiran Anda, Anda perlu mempelajari perihal minda separa sedar. Banyakkan membaca mengenai minda separa sedar. Kenali minda separa sedar, ketahui bagaimana minda separa sedar bekerja.
Selepas tu, manfaatkan kuasanya untuk kebaikan diri Anda sendiri. Kita manusia ni adalah makhluk beremosi. Melalui emosi, kita mudah dikacau.
Minda separa sedar mudah hilang fokus apabila emosi bercelaru. Minda separa sedar mengikut emosi Anda kerana minda separa sedar memberi respon penuh pada emosi Anda, FEEL Anda. Anda perlu berhati-hati. Jangan terperangkap!
Belajarlah kawal emosi, kawal diri, kawal kata-kata dan kawal apa yang selalu bermain di fikiran Anda. Anda perlu menyedari perkara-perkara yang selalu Anda fikiran.
Anda perlu check apa yang Anda katakan selalu di dalam hati. Hati mempengaruhi fikiran, fikiran mempengaruhi minda, minda mempengaruhi perbuatan. Setiap perbuatan Anda mendatangkan kesan.
Buat baik, kesannya baik. Buat buruk, kesannya buruk. Semua itu bermula di minda. Apa yang ada di minda, itulah yang akan mempengaruhi emosi Anda lalu memberi kesan pada perbuatan Anda.
Orang yang fikirannya baik, sikapnya, perbuatannya jadi baik. Hidupnya jadi baik-baik saja. Orang yang fikirannya buruk, sikapnya, perbuatannya jadi buruk. Hidupnya jadi buruk.

No comments: