Level Personaliti | Kelemahan / Kerosakan Kesan Kelemahan Personaliti |
SPIRITUAL | Kekeliruan. Hilang keyakinan diri. Delusi (menyalahkan diri sendiri). Hilang keyakinan kepada hari pembalasan. Kemurungan. Kecenderungan membunuh diri. |
EMOSI | Mementingkan diri sendiri. Hilang sifat peri kemanusiaan. Kerisauan, kekecewaan. Ketagihan (rokok / dadah / arak / seks). |
MENTAL | Mudah cemburu dan iri hati. Cerewet, membangkang, mengeluh. Hasad, dengki, khianat. Memberontak, mengamuk. |
FIZIKAL | Ego, takbur, bongkak, ujub. Was-was, curiga. Mencuri dan menipu. Tidak menghargai orang lain. Keganasan. Pencabulan. |
Spiritual
Mereka yang rosak spiritualnya sudah tidak kuat iman dan keyakinannya terhadap Allah dan hari pembalasan. Tidak beriman seseorang itu apabila dia melakukan perkara berdosa dan jenayah. Amal ibadat itu penting untuk mencegah diri daripada melakukan perkara kemungkaran.
Emosi
Mereka yang rosak emosinya sudah tidak ada lagi rasa belas kasihan terhadap orang lain. Mereka boleh menipu orang lain kerana tidak berkeupayaan merasakan kesengsaraan orang yang ditipunya. Orang yang berani menipu lama-kelamaan boleh mengambil hak orang lain kerana tidak merasakan keperluan dan tidak menghargai hak orang lain.
Mental
Mereka yang rosak mentalnya mudah berfikiran negatif dan bersangka buruk terhadap orang lain. Kemudian lahirlah cara cemburu, dendam, iri hati dan hasad. Perasaan ini akan menyebabkan perpecahan di dalam masyarakat. Tersebarnya fitnah untuk menjatuhkan seseorang, mengaibkan seseorang, merancang konspirasi, menganiaya dan menzalimi seseorang dan sebagainya.
Fizikal
Mereka yang tidak sihat fizikalnya akan mudah rasa tidak yakin pada diri sendiri. Cenderung untuk membunuh diri sendiri serta berani mencabul maruah dan kehormatan orang lain.
Kesihatan tubuh amat mempengaruhi kelakuan seseorang. Sebenarnya mereka yang melakukan jenayah ialah mereka yang sakit dan tidak sihat sistem tubuh badannya.

No comments:
Post a Comment