Wednesday, September 29, 2010

PRODUK-PRODUK

Kehidupan yang Sejahtera datangnya daripada Gaya Hidup yang Sihat
Penjagaan Kesihatan Han
Penjagaan Kesihatan Han merupakan cara penjagaan kesihatan dengan ubat-ubatan. Ia berpandukan prinsip-prinsip perubatan tradisional Cina sebagai asas dan aturan, dengan menggunakan sumber-sumber alam semulajadi, khususnya tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan produk kesihatan yang terbaik.
DetoksifikasiDetoksifikasi ialah proses membersih atau membuangkan segala bahan buangan seperti unsur-unsur pencemar, bahan-bahan logam berat, radikal bebas, agen penuaan dan sebagainya yang terhimpun dalam tubuh badan manusia. Proses detoksifikasi dapat mengaktifkan sel-sel badan, seterusnya menggalakkan penyerapan nutrien di samping menguatkan fungsi organ dalam badan. Oleh itu, ia menjamin perjalanan sistem badan yang lancar.
NeutralisasiNeutralisasi ialah proses penyelarasan sistem dalaman badan yang tidak seimbang, mempertingkatkan keberkesanan sistem badan, memperkuatkan operasi dan penyelarasan fungsi antara organ-organ.  Ini akan menjamin kesihatan tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
ImunisasiImunisasi ialah fungsi menambah, mengukuh dan memperkuatkan pengoperasian dan fungsi organ-organ. Ini termasuk menambahkan nutrien, mengubati masalah kekurangan Qi dan darah, menambah tenaga kepada organ-organ dalaman, memperbaiki kumpulan sel-sel yang rosak, meningkatkan fungsi organ dan mengukuhkan daya tenaga. Tambahan pula, ia juga berfungsi untuk memperkuatkan sistem imunisasi serta daya ketahanan penyakit.

No comments: