Saturday, February 5, 2011

Mengapa Manusia Berdepan Dengan Pelbagai Cabaran Untuk Berubah.


Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Kita? Ianya bertujuan untuk membuat kita sedar potensi diri . Masalah yang dimunculkan dalam hidup bertujuan untuk Kita membongkar kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri. Ramai orang-orang berjaya dalam hidup, kebanyakannya asalnya memang susah. Walhal hidup susah itu pun satu masalah.
Namun beza mereka ialah kerana mereka memfokus pada penyelesaian masalah iaitu dengan keluar dari hidup yang susah untuk  membina hidup yang lebih senang.
Jika Kita lihat dalam hidup Kita selama ini, masalah sebenarnya bersifat sementara. Masalah wujud untuk membuat Kita berubah. Maka berubahlah!!!.... Cuma kengkadang terdapat diantara kita yang cukup tabah menghadapi masalah, namun nak berubah tidak sekali-kali. Sedangkan masalah yang berulang itu akan selesai jika kita berubah.
Jangan pandang masalah sebagai masalah tapi pandanglah ia sebagai petanda untuk Kita berubah. Bila Kita dilanda masalah, katakan pada diri , “Ini masa untuk aku berubah, aku kena berubah!” Panggil masalah sebagai cabaran supaya Kita rasa  ‘thrill’ untuk menyelesaikan, bukan  membebankan kepala. Kena ubah sikap, ubah pemikiran, ubah tindakan.
Masalah tak akan selesai jika Kita guna cara lama. Kena cari kaedah baru. Kena rangka strategi baru. Di sinilah Kita akan jumpa idea-idea baru dan cara-cara baru. Kena ubah semua tu dulu....
Bila dah laksanakan idea-idea baru dan cara-cara baru yang Kita jumpa tadi, kesannya Kita berubah tanpa Kita sedar. Pasti kita akan berjaya memecahkan halangan diri.
Bila Kita dah berjaya selesaikan satu masalah dalam hidup, Kita telah akan berjaya mengubah diri Kita pada satu sikap baru, attitude baru tanpa Kita sedar. Anggap masalah sebagai cabaran, panggil masalah sebagai cabaran supaya  ada motivasi untuk menyelesaikannya.......Semoga Anda Berjaya.

No comments: