Monday, February 7, 2011

Sikap Mesti Di Ubah Menjadi Semakin Baik


Sudah menjadi lumrah orang sekeliling kita cepat bersangka buruk. Kenapa ya? Sebab setiap hari mereka mendedahkan diri pada yang buruk-buruk.
Mereka membaca berita yang memaparkan situasi buruk, membaca laporan berita yang memaparkan emosi buruk seperti ketidakpuashatian, kemarahan, kegeraman. Dalam masa yang sama, mereka bercakap tentang keburukan orang lain – keburukan sikap rakan-rakan bahkan keburukan adik beradik sendiri.
Kita tak akan dapat mengelak dari bergaul dengan orang yang cepat bersangka buruk. Ada kalanya bersangka buruk itu baik sebab ia mendedahkan kita kepada perkara-perkara yang mungkin kita akan jumpa lalu kita kena bersedia menghadapinya. Tapi, sangkaan buruk lebih cepat meresap ke dalam minda berbanding sangkaan baik lalu menghancurkan kita perlahan-lahan, sedikit demi sedikit.
Untuk membuat kita sentiasa bersangka baik, berfikirlah yang baik-baik pada setiap situasi, pada perbuatan setiap orang dan pada setiap benda yang ada di sekeliling kita. Fikiran kena selari dengan perbuatan dan percakapan. Maknanya, selain fikiran yang bersangka baik, kata-kata kita kena diubah menjadi kata-kata yang baik. Perbuatan kita kena di upgrade menjadi perbuatan yang baik-baik.
Sikap serta perangai kita mesti di ubah menjadi semakin baik, bertambah baik dari sehari ke sehari.

No comments: